“Berwaspada…” Lima penyakit sedang mengancam manusia

Lima penyakit sedang mengancam manusia.  Lima penyakit berjangkit termasuk Covid-19, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), cacar monyet, influenza (ILI) dan wabak Marburg kini menjadi ancaman kepada manusia.

Covid-19 yang melanda dunia sejak Disember 2019 telah menyebabkan kematian seramai 6.38 juta orang di seluruh dunia.

HFMD pula menyerang manusia tidak mengira peringkat usia, namun komplikasi boleh berlaku kepada individu yang mempunyai imun badan lemah sama ada orang dewasa, bayi atau kanak-kanak.

Dalam pada itu, penyakit cacar monyet yang pertama kali dikesan pada 1970 masih menjadi ancaman sehingga kini. Pesakit mengalami simptom demam, sakit otot, nodus limfa membengkak, menggigil, keletihan, ruam pada tangan dan muka.

Bagi penyakit influenza pula, ia adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan disebabkan oleh virus influenza, yang setakat ini telah mengakibatkan angka kematian tinggi dalam kalangan bayi dan warga emas.

Terbaharu, wabak Marburg yang membawa maut telah dikenal pasti di Ghana, Afrika selepas dua kes virus tersebut dikesan di negara itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*