Bertengkar sebelum kejadian, wanita dikelar teman lelaki anak

Bertengkar sebelum kejadian, wanita dikelar teman lelaki anak .

Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut dengan kesan kelar lehernya yang dipercayai dibunuh oleh teman lelaki anaknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan iaitu Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, siasatan awal polis mendapati mangsa tinggal bersama anak perempuannya berusia 25 tahun.

“Suspek dipercayai mengelar leher wanita Indonesia berusia 59 tahun dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.”

“Anak perempuan mangsa pula cedera ringan di bahagian tangannya.”

Katanya, suspek yang juga kekasih anaknya ada datang ke rumah mereka pada jam 5.50 petang sebelum berlaku pertengkaran mereka.

Bagaimanapum, suspek yang juga merupakan warga tempatan menyerah diri di Balai Polis Sandakan dan ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*