Tujuh tahun menantikan zuriat, apabila akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata sudah tentu menjadi pelengkap suami isteri. Perkongsian seorang wanita bernama Shahirah Nadiah meruntun hati ramai warganet selepas dia menceritakan kisah sedih dilalui keluarga kecil adiknya.
Kongsinya, kebahagiaan adiknya menerima cahaya mata selepas bertahun-tahun penantian bertukar menjadi kesedihan apabila suaminya meninggal dunia ketika bayi mereka baru berusia 8 bulan.
Mangsa, Muhammad Isma Azwa menghembuskan nafas terakhir akibat kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di Changi Beach Park, Singapura.
Menurut Shahirah, kemalangan itu berlaku ketika arwah berada di jalan lurus dan dilanggar kereta yang mahu membelok. Kesan daripada perlanggaran itu, pihak hospital mengesahkan dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.
Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik tetapi malam sebelum kejadian, dia meninggalkan pesanan kepada isteri bahawa dia ada senaraikan beberapa perkara berkaitan nazar dan maklumat penting dalam nota telefon bimbitnya.
Handphone hilang waktu kemalangan
Sebelum ini tular perkongsian di Facebook di mana orang ramai berpakat untuk menularkan tentang kemalangan tersebut untuk membantu mendapatkan semula telefon bimbit mangsa yang hilang sewaktu insiden itu berlaku.
Minta jasa baik semua untuk viralkan posting ni kerana isterinya perlukan handphone untuk urusan nazar dan lain-lain. Allahyarham meninggalkan baby yang masih kecil berusia 8 bulan selepas 7 tahun menanti cahaya mata. Kesemua nota, gambar, kenangan dll di dalam handphone tersebut.
Mereka sekeluarga juga sudah membuat laporan polis dan turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang memulangkan telefon itu. Shahirah juga memohon orang ramai mengasihani adiknya yang baru kehilangan suami tercinta apatah lagi mereka baru dikurniakan anak.
Kami bayar ganjaran cash kepada sesiapa yang pulangkan handphone tersebut atau jika terambil tak mengapa, boleh hubungi nombor kami.
Leave a Reply