Bersuami, tapi semua kena tanggung sampai tinggal 10 sen… Wanita kongsi cerita keperitan tanggung ‘biawak hidup’

Seorang wanita dikenali sebagai Ros menceritakan kisah kehidupan rumah tangganya yang penuh keperitan, di mana dia terpaksa menanggung ‘biawak hidup’ sepanjang hampir dua tahun perkahwinan.

Kata Ros, dia seolah-olah seperti ketua keluarga yang perlu melangsaikan segala bil-bil rumah, elektrik serta menyediakan bekalan makanan sedangkan suaminya ketika tu hanya ‘goyang kaki’ sehingga menyaksikan baki akaun banknya hanya tinggal 10 sen.

“Bersuami, tetapi saya tanggung semua sampai dalam dompet saya tinggal 10 sen sahaja. Dia tak bekerja. Saya terpaksa pinjam sini, pinjam sana untuk hidup,” katanya menerusi satu perkongsi di radio tempatan.

Menurut Ros, ada masanya, dia hanya menjamah nasi goreng berperisa garam sahaja apabila tiada duit untuk membeli barangan dapur.

“Nak makan pun beras tak sampai satu pot, kebetulan masa itu gas pun tak ada. Lauk memang tak ada lah, saya punya ikhtiar masa itu saya kata nak makan macam mana, nak sediakan makan macam mana.

“Saya pun kata tak apa, saya masak nasi, dan goreng nasi dalam rice cooker (periuk nasi),” katanya.

Tambah wanita itu, dia sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki zuriat, namun sewaktu perkahwinan kali keduanya bersama lelaki tersebut, antara syarat dikenakan Ros tidak dibenarkan tinggal bersama anaknya.

“Saya dah ada anak, tetapi lepas kahwin tak duduk dengan anak sebab bekas suami tak suka ketika itu. Saya juga dijauhkan daripada keluarga atas arahan bekas suami,” luahnya.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*