‘Bersidai’ di tepi jalan, pesalah berdepan tindakan saman.
Susulan kesesakan yang sering berlaku di Jalan Temiang Pantai, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BPST) IPD Seremban akhirnya turun padang melihat kawasan berkenaan.
Dalam perkongsian terbaharu, memaklumkan pihaknya kini sedang menjalankan satu Operasi Halangan bagi mengelakkan tindakan orang awam yang berhenti di lorong kecemasan.
Oleh yang demikian, sekiranya ada mana-mana pihak didapati bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tak melebihi enam bulan.
Sementara itu, dalam halk sabitan kedua atau seterusnya, didenda tak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Turut baca
- “Adik ditahan sebab dadah, abang pula buntingkan anak orang…” Rupanya ini kifarah untuk mak abah
- Menangis datang minta maaf, Ustaz Kazim akui enam individu tampil bersemuka
- ‘Berang’ ditampar, tiga lelaki ditembak
Leave a Reply