Bersatu Sabah lumpuh, Hajiji dan pemimpin lain tinggalkan parti pimpinan Muhyiddin

Pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin, kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor.

Menerusi kenyataan hari ini, Hajiji berkata keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan parti adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.

Jelas beliau lagi, di peringkat persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan negeri ditunjangi oleh GRS dan Barisan Nasional (GRS-BN) juga telah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan diterajui Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*