“Berlaku perang mulut, tarik rambut…” 2 isteri bekas jurulatih Liga Super bergaduh di kedai mamak

BELUM reda isu bergelar isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin Hassan, penyanyi Fyna Jebat terpalit pula dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya iaitu isteri pertama bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an itu pada awal pagi Isnin.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam selepas selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3.

Kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

"Berlaku perang mulut, tarik rambut..." 2 isteri bekas jurulatih Liga Super bergaduh di kedai mamak

“Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama.

"Berlaku perang mulut, tarik rambut..." 2 isteri bekas jurulatih Liga Super bergaduh di kedai mamak

“Apa yang didengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut,”

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal berkenaan.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

“Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.18 pagi Isnin sejurus selepas kejadian pergaduhan,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal juga memberitahu isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan.

Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi berkenaan kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan suspek berasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo.

“Dia juga marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” ujar beliau.

Usaha menghubungi Zainal dan Fyna tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Sebelum ini Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*