“Berkulit cerah, ada 11 rekod lampau… Suspek kes tembakan di Setia Alam dikenal pasti

Dalam perkembangan terkini, pihak polis telah mengenal pasti suspek dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah malam kelmarin.

Memetik laporan Bernama, suspek utama merupakan lelaki tempatan berusia 30-an dengan 11 rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah lain.

Suspek ada 11 rekod lampau, berkulit cerah

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berkulit cerah dan usaha untuk memburunya masih giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Selain itu, suspek turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atas cubaan membunuh.

Setakat ini, pihaknya telah menerima tujuh laporan daripada saksi awam yang berada di lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948.

"Berkulit cerah, ada 11 rekod lampau... Suspek kes tembakan di Setia Alam dikenal pasti
Mangsa ditembak sedang menyimpan peralatan mencuci

Dalam maklumat lain, Hussein Omar berkata, ketika kejadian mangsa yang ditembak sedang menyimpan peralatan mencuci di aras P1.

Tembakan yang dilepaskan suspek telah mengenai kaki dan punggung mangsa. Mangsa yang cedera melarikan diri ke dalam pusat beli belah.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*