Berita baik buat Belia, pelajar IPT, ‘eBeliaRahmah’ boleh didaftar Isnin ini

Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai Isnin, 26 Jun ini jam 8 pagi.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan semalam berkata, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos depan.

Berita baik buat Belia, pelajar IPT, 'eBeliaRahmah' boleh didaftar Isnin ini

MoF berkata, golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Berita baik buat Belia, pelajar IPT, 'eBeliaRahmah' boleh didaftar Isnin ini

“Kredit eBeliaRahmah dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan boleh dibelanjakan secara ‘offline’ hingga 31 Ogos 2023,” kata MoF.

MoF berkata, program berkenaan terbuka kepada golongan belia warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada 2023 iaitu mereka yang lahir pada 2003 hingga 2005 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di IPT dalam negara.

MoF berkata selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terbabit turut memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.

“Kredit RM200 ini boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet terbabit dalam program ini, namun tertakluk kepada transaksi dibenarkan,” kata MoF.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun, membabitkan peruntukan RM400 juta.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*