Beri tender RM1.4 juta kepada suami, bekas pegawai GLC disiasat

Seorang bekas pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa bagi menyokong syarikat milik suaminya untuk mendapatkan kontrak pembekalan pekerja bernilai RM1.4 juta.

Perintah reman sehingga Ahad ini tersebut dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkamah Majiistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan awal mengesyaki wanita berusia 40-an telah melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2019.

“Suspek juga dipercayai bersubahat dengan seorang pemilik sebuah syarikat mengemukakan dokumen palsu membabitkan ujian saringan Covid-19 berjumlah RM2,000 yang sebenarnya tidak dilakukan.

“Begitupun pemilik syarikat tersebut yang juga seorang wanita berusia 50-an telah dibebaskan dengan jaminan SPRM semalam,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, bekas pegawai eksekutif GLC itu turut disiasat atas dakwaan palsu membabitkan pembekalan barangan plastik yang sebenarnya tidak wujud berjumlah RM2,000 pada tahun lalu.

Tambah beliau, terdahulu suspek pertama dan kedua telah ditahan ketika masing-masing memberi keterangan di
Pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 2.30 petang dan 3.50 petang kelmarin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*