Beri Anwar peluang tadbir negara, Malaysia akan berjaya – Datuk Johari

Rakyat diberikan keyakinan bahawa jika kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini diberikan masa 10 tahun sahaja, nescaya rakyat akan melihat sebuah negara yang dibanggakan.

Naib Presiden Umno, Datuk Johari Ghani berkata, 10 inisiatif Ekonomi Madani yang dibentangkan oleh perdana menteri Khamis lepas akan berjaya.

“Semalam bila saya tengok halatuju ekonomi yang dibentang oleh Perdana Menteri kita, saya tengok jika BN dan PH ini boleh bersama-sama kekal bersahabat untuk 10 tahun akan datang, saya percaya 10 inisiatif ekonomi past, negara i akan tercapai,” kata tokoh perniagaan yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

Beri Anwar peluang tadbir negara, Malaysia akan berjaya - Datuk Johari

Khamis lepas, kerajaan menyasarkan Malaysia untuk berada di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia dalam jangka masa sederhana, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, ia antara tujuh sasaran utama dalam penstrukturan semula ekonomi negara melalui Ekonomi Madani yang mahu dicapai sebelum tempoh 10 tahun.

Beliau yakin Malaysia mampu mencapai sasaran besar itu dengan meneladani negara yang pernah berdepan kejatuhan, namun tangkas dan bangkit semula ke hadapan.

Bagi Johari, sesebuah negara akan mencapai kejayaan melalui halatuju dan perancangan yang baik dan ia akan tercapai jika politik negara itu stabil.

Politik yang stabil akan berlaku jika ia berada di tangan pemimpin yang meletakkan kepentingan negara dan rakyat lebih utama dari kepentingan politik.

Katanya, sikap ini sangat berbeza dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) apabila mereka menolak untuk bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.

“Kita lihat sebuah negeri di utara tanahair. Rakyatnya terpaksa ke luar dari negeri itu untuk mencari pekerjaan.

“Mereka ni dah diberi peluang untuk mentadbir di sebuah negeri itu lebih 30 tahun dah, tetapi apa yang berlaku kepada negeri itu.

“Mereka kata, kerajaan mereka berbeza dengan kerajaan pusat. Mereka dizalimi oleh pusat.

“Saya tanya mereka, Selangor dah berapa penggal sebelum ini berbeza dengan Pusat tetapi Selangor menjadi negara ekonomi paling kuat,” katanya menjawab alasan pemimpin Pas bahawa Kelantan miskin kerana dianaktirikan Kerajaan Pusat.

Atas sebab itu, katanya, dia adalah antara ahli parlimen Umno yang paling awal mengesyorkan agar partinya bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.

“Selepas pilihan raya 15 lalu, apabila tidak ada satupun parti yang menguasai kerajaan atau boleh menubuh kerajaan, saya antara orang pertama cakap secara terbuka, kita kena tubuh kerajaan unity, kerajaan perpaduan.

“Orang tanya saya kenapa? Saya cakap jika kita tangguh penubuhan kerajaan ini ia akan memberikan kesan yang tidak bagus kepada negara.

“Saya buat keputusan sebagai ahli parlimen, saya jumpa presiden Umno, saya beritahu dia.

“Datuk Seri Presiden, kita kena bantu negara ini untuk kita tubuhkan kerajaan kerana jika kita tidak tubuhkan kerajaan, ia akan jadi macam Thailand, dah beberapa bulan dah tak boleh wujud,” katanya.

Menurut Johari, beliau menyokong idea ini kerana ada sebab dan ia dilihat dari pelbagai sudut.

“Salah satu sebabnya, jika kita dapat wujudkan kerajaan sama dengan Pakatan Harapan, kita akan wujudkan kerajaan yang stabil di negara ini,” kata beliau.

Bagi Datuk Johari, pemimpin PH ini berbeza kerana mereka lebih mementingkan negara dari politik.

Katanya, pada 2008, BN dan Umno kalah di Selangor. Begitu juga pada 2013 dan 2018. Berbanding sebelum itu, BN yang menguasai Selangor selama lebih 50 tahun.

“Sebelum ini, kita bangunkan Selangor. Selepas 2018, 2013 dan 2018, saya tengok Pakatan Harapan ini boleh sambung pembangunan itu dengan baik.

“Sebab itu hari ini, negeri yang boleh dibangunkan dengan begitu sempurna adalah Selangor.

“GDP terbesar di Selangor. Reserve di Semenanjung, Selangor paling banyak sekali.

“Jika kita tidak tahu mentadbir, kita tidak akan ada statistik yang saya sebutkan itu,” kata Johari memuji kemampuan PH untuk mentadbir negeri dan negara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*