“Beri alasan serabut dengar tangisan… Lelaki umur 50 tahun rogol bayi, pukul sampai mati

SEORANG bayi berusia setahun sembilan bulan maut selepas didera secara seksual dan dipukul oleh jirannya yang berusia 50 tahun.

Suspek, dikenali sebagai Pichit, memaklumkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sejak terjatuh di kawasan tangga pada 6 Julai.

Namun, ibu saudara mangsa meragui kisah itu sebelum pihak hospital mengesahkan mangsa sebenarnya dipukul dan dirogol.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Nakhon Nayok, Thailand, dalam keadaan koma.

Mangsa turut mengalami pendarahan otak dan lebam pada badan.

Mangsa dijaga oleh saudaranya selepas ibu bapanya berpisah.

Ketika ibu saudaranya keluar bekerja, mangsa ditinggalkan bersama jirannya.

Polis menahan Pichit pada 9 Julai.

Pada mulanya dia menafikan dakwaan itu, namun akhirnya mengaku memukul mangsa kerana rimas mendengar tangisannya.

Dia turut mengaku merogolnya kerana rangsangan seksual selepas mengambil pil methamphetamine.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*