Berhenti di garisan putih antara punca lebih 6,000 saman dikeluarkan

Berhenti di garisan putih atau laluan pejalan kaki antara kesalahan dikesan sepanjang Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, 209 saman dikeluarkan terhadap pesalah itu.

Jumlah itu daripada keseluruhan 6,638 saman yang dikeluarkan.

“Kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 5,446 saman dikeluarkan.

“Kesalahan lain adalah tiada lesen memandu (95), tidak patuh lampu isyarat merah (51), nombor plat fancy (30) dan lain-lain (807).

“Seramai 11 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah,” katanya.

Tangkap layar video tular di media sosial

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video menunjukkan anggota JSPT menyaman kenderaan yang berhenti melebihi garisan putih dan di atas laluan pejalan kaki.

Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, sebanyak 21 operasi dijalankan semalam membabitkan Op Mabuk, Op Motosikal, Op Perdagangan, Op Khas, Op Pelbagai, Op Halangan, Op Utama (telefon bimbit), Op Utama (Lampu Isyarat) dan Op Didik.

Katanya, operasi itu melibatkan 798 pegawai dan anggota.

Mana-mana individu yang disaman sepanjang operasi yang dijalankan sehingga 29 September ini tidak layak untuk mendapat tawaran pengurangan atau diskaun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*