“Berdegil walau dah diberitahu… Lelaki, suami isteri rentas Sungai Golok guna pangkalan haram didenda RM4,000. Tiga warga tempatan termasuk pasangan suami isteri didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasuki negara ini dari Thailand menggunakan laluan yang tidak sah di Pangkalan Haram Pohon Jambu, Rantau Panjang pada minggu lalu.
Ketiga-tiga tertuduh, Lim Wu Han, 34, bersama Rajmidi Sahli, 50, dan isterinya, Nursyuhada Abdullah, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa memasuki Malaysia dari Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak dibenarkan untuk masuk ke negara ini.
Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di tebing sungai dekat Pangkalan Haram Pohon Jambu, Rantau Panjang di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada 3 Januari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabila Mohd. Noordin
Terdahulu, Syazalia memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran agar ketiga-tiga tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama dan menggunakan laluan yang sah selepas ini
Baca juga :
Leave a Reply