Bercinta bagai nak rak dengan kawan pejabat, tiba-tiba dia bagi kad kahwin… Lepas beberapa tahun ini berlaku

1 hari aku terima mesej dari number tak dikenali. Katanya dia isteri Az dan nak berjumpa. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju. Dia datang nak pinangkan aku untuk suami dia. GiIa! Aku dah kahwin dan ada anak..

Banyak sungguh kisah suami orang kebelakangan ni. Aku salah seorang yang pernah terjerat dengan cinta tak guna macam ni. Kisah ni lebih kurang 10 tahun lepas. Lepas aku habis diploma dan mula kerja di 1 syarik4t kat selangor.

Bukan nak bangga diri, tapi aku rasa yang aku agak comel masa muda. Ada mix – mix sikit. Ada orang ingat aku dari middle east, sampai cakap arab dan ada orang ingat aku orang punjabi. Sebagai gambaran pada korang je tentang diri aku masa muda dulu. Tapi kulit aku bukan la cerah giIe. Sederhana je..tak cerah, tak gelap..

Mula kerja, aku jadi kerani biasa saja. Di ofis aku ni ada seorang lelaki yang aku rasa cukup menarik. Cukup aku namakan dia Az. Tinggi, berkulit hitam manis, sangat manis bila dia gelak, gentle dan dia tahu aku suka baca novel. Memang ciri lelaki idaman aku.

Selalu dia sakat dan kata kat aku, “sape kata watak novel tak wujud di alam nyata,” aku anggap gurauan je sebab masa tu tak ada perasaan lagi. Dia rajin bertegur sapa dan selalu sopan dengan orang lebih berumur. Lagi lah aku cair tengok. Kami di level yang sama. Dari tempat aku, nampak je team dia kerja.

Bermula dengan email, hari – hari berbaIas email hingga aku rasa tersuka kat dia. Dari tanya khabar hingga la soalan – soalan yang kelakar pun dia rajin tanya. Dia jugak maklumkan yang dia ada anak angkat. Dalam hati aku fikir, bagus lelaki ni.

Mungkin lahir sebagai anak kampung dan terlalu suka budak. Kata dia lagi, anak tu adalah anak saud4ra perempuan dia yang dah berpisah. Jadi untuk pastikan anak tu tak kurang kasih sayang seorang bapak, dia selalu luangkan masa dengan budak tu.

Nampak fishy kan, tapi tu la. Keb0dohan dan kenaifan aku mengatasi segalanya. Dipendekkan cerita, kawan ofis pernah nampak aku keluar minum berdekatan ofis dengan dia. Ada yang nasihatkan aku mintak berhati – hati. Bila aku tanya, tak diberitahu sebab tapi kami terus berkawan macam biasa.

Dia kerap teman aku hingga ke perhentian train untuk balik. Ala – ala watak novel dan kdrama sikit gaya pembawakan diri dia. Sebelum tu kan, aku penah ada kawan lelaki yang aku kenal dalam 2 tahun. Aku namakan dia Mat tapi kami putus sebab diri dia yang tak dapat terima kalau kulit muka dan tangan aku tetiba gelap atau tetiba muka aku naik jerawat.

Kerap juga dia face, skin shaming aku. Fed up giIer masa tu. Tak kan 24 jam aku nak dok dalam rumah tak kena matahari. (Masa ni aku belum bertudung).. masih giIa – giIa dan huha sini sana.. sy4itonirojim lagi.. insoff ingat semula. Balik pada kisah si Az.

Kami terus berkawan hingga hampir 1 tahun lebih dan dia berterus terang yang dia sukakan aku. Masa ni aku betul – betul nekad, dia la yang terbaik. Aku jugak maklumkan hubungan kami pada kakak dan adik aku. Memang dia baik di mata aku.

Selalu ada bila aku perlu bantuan, susah nak tolak permintaan. Dia pun setuju nak teruskan ke langkah yang seterusnya. Hanya bestfriend aku, 1 chinese guy ni saja tahu hubungan kami. Hinggalah 1 pagi di ofis, tak disangka – sangka aku terima 1 kad jemputan kahwin.

Tertera nama Az dan 1 perempuan di kad tu. Menggigil tangan aku masa tu dan nak nanges pun ada. Bertalu ucapan tahniah aku dengar. Yang peliknya, muka dia murung. Aku lagiIah pelik memikirkan. Dia yang edar kad, dia pulak yang murung. Tah murung betul atau takat nak kaburi mata aku mintak simpati.

Bermula pada tu, aku mula jauhkan diri, email dia aku tak reply, dia nak jumpa pun aku elak, call aku tak jawab. Dia datang rumah dalam hujan lebat. Aku intai dari tingkap rumah, dia tunggu aku tak berganjak sampai lencun. Merayu dan terus merayu untuk terangkan situasi.

Bagi aku pulak, no way. Aku tak akan terjebak cinta suami orang. Aku tahu macam mana pahitnya sebab aku ada sorang makcik yang jadi 2nd wife. Hidup dia macam burung emas.. korang faham la sendiri. Tak sempat aku nak explain. Macam biasa, keb0dohan mengatasi segalanya sekali lagi, aku jatuh kesian dan turun jumpa dia lepas larikan diri hampir 1 – 2 minggu.

Kata dia, tu pilihan mak dan dia tak sampai hati nak tolak permintaan mak dia. Perempuan tu orang kampung dia jugak. Tahap susahnya perempuan tu hingga duit hantaran tu akan dorang guna sepenuhnya untuk kenduri kahwin. Dia terp4ksa kahwin dan dia tak mahu kehilangan aku.

Dia tak ada perasaan pada perempuan tu. Aku pulak, masih tak percaya sebab tak sangka semudah tu dia boleh ikut saja tanpa cuba explain pada mak bapak dia. Takkan la aku sikit pun tak ada erti pada dia. Kalau tak ada erti, kenapa banyak sangat susahkan diri, tenaga, duit dan masa untuk aku?

Tamat waktu kerja, dia masih cari aku, tagih cinta dengan ayat manis macam lori gula perai jatuh atas jalan raya. Siap menangis pun pernah sebab nak terangkan kat aku betapa dia dalam dilema antara kasih mak dan kekasih.. acece..nak munt4h aku fikir balik.

Ni bukan kilimas cerita lagi tau.. Dipendekkan cerita, aku dengan b0dohnya terima dia kembali sebab dia kata nak jadikan aku isteri no 2. Lagipun dia tak ada perasan pada isteri pilihan mak dia tu. Aku rujuk kakak dan adik aku, terang – terangla dorang cantas usul aku tu.

Tapi cinta kan buta, membutakan aku yang sememangnya b0doh betul masa tu. Penat mak bapak aku anta U belajar, tapi tak berapa nak cerdik buat keputusan. Asyik aku cakap nak pendek cerita, tapi masih panjang, camnilah. Kerana terlalu kecewa pada masa tu bila dia mula sibuk dengan isteri dan anak angkat, bekas kekasih aku datang semula dan aku terima lamaran ex aku walaupun masa tu aku tak tahu betul ke keputusan aku ni.

Aku penah break up kejap dengan ex aku sbb aku agak fed up dengan dia yang sentiasa nampak kekurang dalam diri aku. Masa tu la si Az ni masuk line. Masa aku baru putus dan dalam kesedihan. Aku tak cukup cerah, dia nak seorang yang berkulit cerah untuk jadi isteri.

Pada dia, tahap cerah aku, tak meet dia punya expectation. Kan aku cakap, aku bukan mix cina atau omputih. Lagipun aku bukan m4yat nak kena cerah, pucat gitu. Tapi sebab niat nak larikan diri dari Az, aku terima Mat dan kami berkahwin. Di satu pagi, boss maklumkan ada orang nak jumpa aku.

Pelik pulak aku.. sape lah yang cari aku di pagi hari ni. Tapi aku turutkan pergi jugak tengok. Naik terus BP aku bila Az cari aku kat ofis. Tapi bukan aku je terk3jut. Dia pun sama terk3jut sebab dia nampak perut comel aku yang dah 3 – 4 bulan masa tu.

Dan dia ada la berhubung dengan aku 1 – 2 kali.. tapi aku tak anggap lebih dari kawan. Kawan pun tidak. Aku bersyukur sebab aku terima ex aku.. korang nak tau sebab apa?? Kisah Az tak habis kat situ. 1 hari aku terima mesej dari number tak dikenali.

Katanya dia isteri Az dan nak berjumpa. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju. 1st impression jumpa, comel isteri dia. Simple dan sederhana. Dia bertanyakan hubungan kami kerana kata dia, num hp aku tidak pernah padam dalam Hp Az. Walau hampir beberapa tahun.

Dia tau Az masih sukakan aku. Dia merancang untuk pinangkan aku buat Az. Tapi pada masa sama, aku perlu tahu situasi sebenar rumahtangga mereka. Anak angkat yang Az sering ceritakan adalah anak kesilapan sewaktu mereka muda dulu.

Allahurabbi, terduduk aku. Sebagai isteri Az, wanita tersebut sering makan hati kerana Az ramai perempuan di keliling dia, hampir 9 – 10. Kesemua itu adalah bekas kekasih yang Az sukar untuk dilupakan. Tetapi akulah nama paling sukar Az padam.

Walau Az tak cerita, tapi dia tahu yang Az kaki perempuan. Makan hati kata dia. Tanpa aku sedar, aku turut meluahkan apa yang Az pernah ceritakan tentang keburukan isterinya. Tidak pernah hargai suami, tidak suka mendengar cerita Az, suka marah dan bercakap kasar, tidak hormat Az selaku suami, dip4ksa kawin dan bermacam lagi.

Isteri Az hanya anggukan dan mengaku dia juga ada silapnya tapi kata dia, Az sangatlah manja dengan isteri. Alang – alang dah berjumpa, dia nak sangat pinang aku. GiIer… aku dah kawen dan alhamdulilllah suami aku terima aku seadanya. Aku turut meminta maaf pada isteri Az.

Kalau aku tahu dia dah lama dalam hubungan tu sebelum aku kenal Az, dan dah ada ‘anak’ masa kenal aku, lillahhitaala aku tak akan dekatkan diri dan biar hati aku dipermainkan. Pendek kata, doalah pada Allah semoga kita dijauhkan dari cinta suami orang.

Lelaki yang baik tidak akan burukkan isteri untuk tagih simpati. Sekali kau dah curang pada isteri, tak must4hil kau boleh buat yang sama pada wanita lain. Jaga lah maruah diri. Jangan mudah teperdaya dengan ayat manis lelaki. Buat Az, ada sebab Allah hadirkan kau 5 anak perempuan.

Aku tidak doakan kemusn4han, tapi aku teringatkan 9 perempuan lain yang isteri kau ceritakan. Aku tak tahu sejauh mana hubungan kau dengan mereka tapi Allah maha mengetahui. – Abby (bukan nama sebenar)

Baca juga :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*