Berang suami berperangai ‘buaya darat’, isteri bertindak di luar jangka

Berang suami berperangai ‘buaya darat’, isteri bertindak di luar jangka.

Seorang wanita di Thailand dilaporkan mengaku mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya kerana mangsa dikatakan kaki perempuan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Suspek iaitu Charoensri Thongkham, 41, memberitahu polis bahawa dia bertindak demikian kerana marah dengan sikap suaminya yang gemar berfoya-foya bersama wanita lain.

Berang suami berperangai 'buaya darat', isteri bertindak di luar jangka
Seorang pegawai polis menunjukkan waran tangkap terhadap Charoensri Thongkham, 41, di hadapan kedai urut tradisional Thai Na Sabai di daerah Bang Khen, Bangkok.

Polis menemui Charoensri ketika dia sedang bekerja sebagai tukang urut di daerah Bang Khen dan dibawa ke balai untuk proses tahanan.

Charoensri memberitahu polis dia telah bersama suaminya selama 11 tahun, namun lelaki itu banyak berubah dan sering menjalin hubungan sulit dengan ramai wanita.

Lebih teruk lagi, dia telah membelanjakan gaji Charoensri dan memberikannya kepada wanita-wanita itu.

Apabila dia mengetahui apa yang berlaku, mereka sering bergaduh dan mangsa sering mencederakannya secara fizikal.

“Saya mencintai suami saya tetapi saya takut dibunuh apabila kami bergaduh kerana dia sering membawa pistol bersamanya.

“Jadi, sebelum saya dibunuh, lebih baik saya membunuhnya dahulu. Saya mendapat idea untuk mengupah pembunuh upahan dengan bayaran 100,000 baht (RM12,575),” kata Charoensri.

Apabila pembunuh upahan membunuh suaminya, pembunuh upahan itu turut mencuri kalung emas dan pistol mangsa.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*