Berang sering tersenyum bermain telefon bimbit, suami nekad bakar isteri. Gara-gara cemburu melihat isteri asyik bermain telefon bimbit, seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat cuba membakar mangsa hidup-hidup dengan menyimbah minyak petrol ke dalam bilik tidur mereka, lapor laman berita Suara.com semalam.
Suspek yang dikenali sebagai K itu dilaporkan berang kerana isterinya sering bermain telefon bimbit dengan wajah gembira.
Menyangka isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, suspek bertindak membeli minyak petrol sebelum cuba membakar mangsa, SH.
Setibanya di rumah, suspek menyimbah minyak petrol tersebut ke arah bilik tidur yang mempunyai isterinya ketika itu lalu menyalakan api.
Mangsa dilaporkan terbakar pada bahagian kaki kiri.
Sementara itu, beberapa jiran suspek yang curiga dengan sikap lelaki itu bertindak pantas dengan menangkap dan menyerahkannya kepada polis.
Menurut Ketua Polis Sukamakmur, Iptu Sutopo Pranolo, niat suspek mahu membakar isterinya dapat dihidu jiran tetangga yang curiga melihat dia membeli tiga botol minyak petrol.
“Mereka mendapat tahu suspek mahu menggunakan minyak petrol tersebut untuk membakar mangsa yang ketika itu berada dalam bilik tidurnya,” kata Iptu.
Turut baca :
- “Bukan nak hukum tapi nak tolong…” Pelakon ‘rayu’ wanita hamil jangan buang bayi, whatsapp saja saya
- Kejam !!! Lelaki tumbuk muka makcik, dakwa pancing ikan di kawasan larangan
Leave a Reply