Berang larang anak lawat nenek sakit, bapa tampar jururawat

Sebuah hospital di wilayah Rayong, Thailand memfailkan pendakwaan terhadap seorang lelaki yang menampar jururawat selepas melarang anak perempuannya masuk ke unit rawatan rapi (ICU), lapor portal berita Bangkok Post semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan) di Muang pada Ahad lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki itu berbual dengan beberapa jururawat sebelum menampar salah seorang daripada mereka sebanyak dua kali.

“Dia mahu anak perempuannya masuk ke ICU untuk berjumpa dengan nenek kanak-kanak itu yang dijangkiti influenza A.

“Jururawat tersebut menghalang mereka kerana dianggap bahaya bagi kesihatan kanak-kanak tersebut.

“Kami telah memfailkan aduan kepada Polis Muang Rayong dan meneruskan pendakwaan terhadap pelaku,” kata hospital berkenaan menerusi catatan di laman Facebook.

Polis Muang Rayong berkata: “Suspek datang ke balai dan membuat pengakuan. Dia berdepan tindakan undang-undang.” – AGENSI

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*