Dalam satu kejadian yang berlaku di Thailand, seorang lelaki telah mengaku menyebabkan kematian isterinya isteri pada 22 Disember yang lalu.
Menurut laporan, Phanumart Manee-on telah menyerah diri selepas melakukan jenayah itu dan menunjukkan lokasi kejadian dia membunuh isterinya, Pawinee Sangkasi kepada pihak polis.

Berang dengan gurauan yang keterlaluan itu, Phanumart hilang kawalan dan menyerang Pawinee berkali-kali sehingga isterinya rebah.
Dia kemudian menunggu di samping Pawinee sehingga wanita tersebut sedar namun ternyata isterinya telah pun meninggal dunia akibat perbuatannya itu.
Pemergian Pawinee juga turut mendedahkan perbuatan Phanumart selama ini yang melakukan kekerasan terhadap mendiang selama ini.
Menurut ahli keluarga, Pawinee merupakan mangsa keganasan rumah tangga dan mereka meragui apa yang diceritakan oleh Phanumart kepada pihak polis.
Dakwa keluarga Pawinee lagi, mereka pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka kerana mahu mengelakkan penganiayaan menjadi lebih teruk.
Punca kematian Pawinee masih belum dikenal pasti dan hasil bedah siasat yang bakal keluar bakal membuktikan sama ada keterangan Phanumart itu benar.
Sekiranya disabit bersalah, Phanumart berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan kes kini masih dalam siasatan polis.
Baca juga :
Leave a Reply