Berang diganggu tidur, rakan sebilik maut ditetak

Berang kerana diganggu ketika tidur, seorang lelaki Bangladesh bertindak luar kawalan menetak rakan sebilik menggunakan pisau pemotong daging sehingga maut dalam kejadian di Flat Haji Manan di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian disedari oleh empat rakan mangsa yang duduk dalam bilik berasingan kira-kira pukul 8 pagi sebelum majikannya menghubungi polis pada pukul 10 pagi.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Mohammad Sobuj, 28, yang duduk sebilik dengan suspek Miah Juwel, 27, ketika ditemui mengalami kecederan di leher dan kepala serta tidak sedarkan diri di sebuah rumah tingkat 3, Blok L, Flat Haji Manan di sini.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

“Suspek kemudiannya cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap di Jalan Nyior berhampiran Taman Gunung Selatan Empat, Kluang kira-kira pukul 4.45 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*