Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial yang memaparkan seorang bapa hilang sabar selepas anaknya diejek sebagai ‘anjing’ oleh seorang pelajar lain.
Berang anak diejek ‘anjing’
Tidak mendiamkan diri, lelaki tersebut meminta pelaku bersujud minta maaf dan lebih mengejutkan dia menyuruh pelaku menggonggong seperti seekor anjing.
Biarpun sudah dihalang oleh orang sekeliling, amarah si bapa sukar untuk dikawal, malah pengawal keselamatan sekolah juga tidak berani menghalang situasi terbabit.
Tak ada siapa berani halang
Ia kerana lelaki berkenaan membawa ‘geng’ dan pengawal peribadi sewaktu melakukan kekecohan di luar kawasan sekolah anaknya itu.
Difahamkan, isu ejek-mengejek di antara anaknya dan pelaku tersebut berlaku selepas salah seorang daripada mereka kalah dalam pertandingan bola keranjang.
Dari situ, pelajar yang diejek itu mengadu kepada bapanya sebelum si ayah hadir ke sekolah berjumpa dengan pelajar yang mengejek keesokan harinya.
Baca juga :
Leave a Reply