Berang ajakan rujuk ditolak, suami ‘sembelih’ bekas isteri depan anak

BERANG ajakan rujuk ditolak, seorang lelaki tergamak ‘menyembelih’ bekas isterinya sehingga maut.

Lebih menyedihkan apabila kejadian yang berlaku di sebuah kedai jahit di Acheh Besar, Indonesia itu turut disaksikan anak mereka.

Memetik laporan Okezone, mangsa dibawa ke hospital dengan keadaan pisau masih tertusuk di lehernya.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Berang ajakan rujuk ditolak, suami 'sembelih' bekas isteri depan anak
Suspek menyerah diri selepas kejadian tersebut

Susulan itu, suspek yang berusia 50 tahun menyerah diri di balai polis dan akan dihukum penjara tujuh tahun jika disabit kesalahan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*