Bekalan gula cukup, tiada kenaikan harga – Salahuddin

Gula rakyat iaitu Gula Bertapis Halus kekal dijual pada harga RM2.95 manakala Gula Bertapis Kasar berharga RM2.85.

Gula rakyat ini masih dijual di seluruh negara walaupun produk baharu iaitu Gula Putih Bertapis Jernih sudah boleh didapati di pasaran.

Pihak pengeluar juga sudah memberi jaminan bekalan gula rakyat akan dikekalkan sebanyak 42,000 MT sebulan.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk memaklumkan kepada pihak KPDN jika berlaku masalah berkaitan bekalan gula di tempat anda.

Aduan boleh dibuat menerusi saluran berikut.

I. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
II. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my;
III. Call Centre 1-800-886-800;
IV. E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my);
V. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, dan;
VI. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-88826088/6245.

Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri KPDN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*