“Bebal Si Roslan ni…” Ini komen Jamal Abdillah selepas Roslan dakwa tanggung rugi RM33,000

“Bebal Si Roslan ni…” Ini komen Jamal Abdillah selepas Roslan dakwa tanggung rugi RM33,000.  Penyanyi Datuk Jamal Abdillah tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk hadir ke sebuah acara di Singapura susulan dakwaan dia membatalkan kemunculan istimewa di di negara itu pada Sabtu.

Jamal juga mendakwa sudah memaklumkan kepada Roslan Shah tidak dapat menghadiri program itu disebabkan terikat dengan komitmen lain.

“Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Dungun bulan lalu, Roslan ada menghubungi saya, pujuk untuk hadir ke acara berkenaan. Saya sudah jelaskan, saya ada konsert eksklusif dengan penganjur di Singapura dan tak mahu ganggu penjualan tiket dengan membuat kemunculan terlalu kerap.

"Bebal Si Roslan ni..." Ini komen Jamal Abdillah selepas Roslan dakwa tanggung rugi RM33,000
Jamal Abdillah

“Lebih sejam kami berbual di telefon… sebelum itu, dia hanya menghubungi staf saya untuk menawarkan jemputan berkenaan tetapi saya tidak pernah memberikan persetujuan. Entah mengapa dia nak tempah hotel, buat iklan dan buat pengumuman di media bahawa saya terlibat.

“Sudah banyak kali saya ulang, tapi itulah, bebal si Roslan ini, dia mahu juga saya datang. Mungkin dia (Roslan) ada agenda sendiri atau mahu kaut keuntungan,” katanya.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama mStar, Roslan mendakwa dia terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM33,000 kepada pihak penganjur Pameran Pengantin Expo Singapura susulan Jamal membatalkan kehadirannya di saat akhir sebelum acara berlangsung.

Roslan berperanan sebagai pembantu acara bagi expo itu yang bertanggung jawab menguruskan artis.

Mengulas mengenai ganti rugi yang dinyatakan Roslan, Jamal menegaskan itu bukan tanggung jawabnya kerana sejak awal dia sudah memaklumkan tidak dapat menyertai program berkenaan.

“Dia kena bayar ganti rugi, bukan masalah saya. Sekiranya saya ada tanda tangan perjanjian maka barulah ia jadi tanggung jawab saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Sudah tentu saya rasa marah apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya,” jelas Jamal.

Sementara itu, Jamal memberitahu dia telah meminta anak lelakinya, Yamani Abdillah untuk tampil mengadakan persembahan di Singapura untuk tidak mengecewakan peminat memandangkan namanya telah disenaraikan sebagai artis yang akan hadir membuat kemunculan istimewa.

Perkara itu dilakukan kata Jamal kerana memikirkan namanya telah diwar-warkan akan hadir dan sekurang-kurangnya kehadiran Yamani sebagai wakil dirinya.

Dalam perkembangan lain, Jamal memberitahu bakal mengadakan sebuah konsert di Singapura pada 31 Disember depan dan 1 Januari 2023.

"Bebal Si Roslan ni..." Ini komen Jamal Abdillah selepas Roslan dakwa tanggung rugi RM33,000
Roslan Shah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*