Bayi setahun ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapa meninggal dunia

Seorang bayi lelaki berusia setahun 10 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di kerusi penumpang belakang kereta bapanya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, perkara itu dilaporkan oleh bapa bayi tersebut, 33,pada pukul 4.41 petang.

“Lelaki terbabit segera membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Kota Samarahan untuk pemeriksaan.

“Paramedik juga telah berusaha menyelamatkan mangsa melalui bantuan pernafasan namun gagal, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes telah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Katanya, pihaknya membuka dua kertas siasatan iaitu satu kes kematian mengejut dan satu lagi di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca juga :

Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata

Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata

Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*