Seorang bayi perempuan cukup sifat ditinggalkan di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Rama, Kuala Sanglang, pagi tadi.
Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung penemuan bayi itu kira-kira 8.35 pagi di hadapan rumahnya.
Katanya, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan kurang satu jam sebelum ditemui.
“Bayi terbabit kemudiannya dihantar Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pelaku yang meninggalkan bayi itu di kawasan berkenaan.
Baca juga :
Leave a Reply