Bayi perempuan berusia dua tahun maut dirogol, pelaku ‘bernafsu binatang’ diburu

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Polis Nigeria sedang memburu pelaku yang merogol seorang bayi perempuan berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematiannya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis, Ahmed Wakil, bayi itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelah masjid di Jalan Deneva, Kawasan Kerajaan Tempatan Ningi di Bauchi.

“Setelah menerima laporan, detektif telah dihantar ke tempat kejadian, dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Ningi, yang mana laporan perubatan mengesahkan bayi itu mengalami kecederaan parah akibat dirogol, yang membawa kepada kematianya.

“Polis kini sedang berusaha bagi menangkap pelaku dan membawanya ke muka pengadilan.

“Polis turut menyeru ibu bapa dan penjaga untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka,” ujar Ahmed Wakil

Dia turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil untuk membantu siasatan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*