Bayi perempuan baru lahir ditemukan di ruang solat masjid

Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baru lahir ditinggalkan dalam ruangan solat wanita di Masjid Kampung Lubuk Kulit, Lipis, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Lipis, Ismail Man, berkata pihaknya menerima laporan penemuan bayi masih bertali pusat dan diselimuti telekung serta diletakkan atas sejadah itu kira-kira 5.30 pagi.

“Bayi tersebut kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan dan rawatan lanjut. Ibu bapa bayi tersebut masih dikesan polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan IPD Lipis di talian 09 3121999.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*