Bayi lahir 11.11 jam 11 pagi tular, pasangan berhajat beri nama bermula huruf ‘N”. Seorang wanita di Cilacap, wilayah Jawa Tengah mendapat perhatian orang ramai kerana melahirkan seorang bayi pada tarikh dan waktu yang dianggap cantik, lapor portal berita Serayunews semalam.
Menurut pasangan berkenaan, Abdul Rohman dan Laela Nidaul, anak sulung mereka dilahirkan pada 11 November lalu di Hospital Agisna Sidaeraja.
Lebih menakjubkan apabila bayi mereka lahir tepat pukul 11 pagi (waktu tempatan).
Baca juga :
- Cemburu mangsa masih berhubung dengan bekas suami… Lelaki bunuh, simen mayat kekasih dalam lubang
- {VIDEO} Lagi kemalangan kontena terbalik… Kedengaran suara meminta tolong dalam kereta Honda Civic
- Gara-gara menghina, pempengaruh kecantikan belasah lelaki kurang ajar guna kasut tumit
“Alhamdulillah, saya sangat bahagia dapat melahirkan seorang bayi lelaki.
“Saya juga tidak menyangka dia lahir pada 11 November tepat jam 11 pagi,” kata Laela.
Bayi seberat 2.3 kilogram dan tinggi 47 sentimeter itu lahir dalam keadaan sihat menerusi kaedah pembedahan atau caesarean (czer).
Pasangan suami isteri itu juga merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran dan memberikan nama bayi mereka bermula dengan inisial N. – AGENSI
Leave a Reply