BAYI yang baru dilahirkan ke dunia atau kanak-kanak dikatakan sering terbuka ‘hijab’ mereka sehingga mampu melihat makhluk halus atau alam ghaib.
Namun kerana belum pandai berkata-kata, kebiasaannya mereka hanya menunjukkan isyarat sama ada melalui bahasa tubuh atau hanya menangis apabila menyedari kehadiran entiti sedemikian.
Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita menzahirkan rasa terkejut apabila bayinya dikatakan mampu berkomunikasi dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat mata kasar.
Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan kepadanya oleh pembantu rumah dalam keadaan ketakutan.
“Tadi bibik datang beritahu aku, dia kata waktu tengah basuh tandas, dia nampak anak aku dalam playpen (kandang bayi) duduk gelak-gelak macam ada seseorang tengah mengacah-acah.
“Bibik aku pergi periksa dan memang tiada sesiapa dekat situ. Aku macam dah tak sedap hati, jadi aku pergi tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dan ya, memang anak aku ketawa siap melambai lagi dekat entah siapa.
“Merinding bulu roma ni, sebab anak aku biasa duduk diam je melainkan ada orang datang dekat dia. Aku terus tunjukkan video tu dekat mak untuk dapatkan nasihat, kot ada benda yang tak elok ke,” ujar wanita itu
Ibu kepada wanita itu yang juga turut risau lantas memberikan pesanan untuk tindakan segera.
“Tengok cara anak tu macam betul ada sesuatu tengah bermain dengan dia. Boleh la mula pasang ayat suci al-Quran,” ujar ibu kepada wanita berkenaan.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menceritakan pengalaman sama, selain berkongsikan tip untuk memasang ayat al-Quran ketika berdepan situasi pelik atau terasa diganggu.
“Sama juga dengan satu kejadian ni waktu kami naik kereta, anak saya di belakang dalam tempat duduk bayi. Tiba-tiba dia gelak sambil pandang luar tingkap, kami dekat depan dah seram sejuk.
“Untuk makluman, ayat al-Quran yang dipasang melalui rakaman tak sama kesannya berbanding kita baca sendiri. Ayat al-Quran ni perlu jiwa dan rohani untuk ada impaknya dalam mencegah gangguan makhluk halus.
“Kalau setakat ayat al-Quran ikut corong radio, ‘benda’ tu pun tak kisah. Saya nasihatkan untuk puan baca sendiri kepada anak setiap hari, sambil tu selitkan dalam hati pengharapan kepada Allah agar diberikan perlindungan.
“Ayat al-Quran bukan jampi serapah untuk kita pasang begitu sahaja, ia perlu diaplikasikan dengan penuh adab,” kata sebahagian warga maya.
Turut baca :
Leave a Reply