Bayi 8 bulan maut: Pengasuh bedung anak, sumbat botol susu, tekup dengan bantal

“Pengasuh wanita yang jaga bayi saya dia bedung anak, dia sumbat botol susu tutup dengan kain dan tekup dengan bantal.

“Waktu isteri sampai, anak dah terkulai dalam keadaan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan,”.

Itu pendedahan menyayat hati diceritakan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, mengenai kejadian anak sulungnya, Muhammad Al Fateh Amri, lapan bulan yang dipercayai meninggal dunia dalam jagaan pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, di sini, pagi semalam.

Bayi 8 bulan maut: Pengasuh bedung anak, sumbat botol susu, tekup dengan bantal
Mohd Fikry Amri Abd Halim

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa ketika dia dan isteri Sabrina Hakiem Zaini, 39, baru lima hari menghantar bayi lelakinya itu ke taska yang didakwa tidak berlesen itu.

“Sudah 13 tahun kami menunggu untuk mendapatkan cahaya mata pertama ini dan tidak sangka kejadian ini berlaku selepas setahun isteri ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak.

Bayi 8 bulan maut: Pengasuh bedung anak, sumbat botol susu, tekup dengan bantal

“Pada awalnya, isteri saya dimaklumkan anak mungkin terjatuh tapi bila saya melihat sendiri CCTV saya tak percaya benda ini dibuat sendiri oleh pengasuh,” katanya.

Menurutnya yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, kejadian sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

“Malah saya terkejut apabila mengetahui rupa-rupanya pusat asuhan itu tiada lesen walaupun sudah empat tahun beroperasi,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*