Seorang bayi lelaki ditemui maut ketika berada di dalam buaian selepas mengalami sesak nafas di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, Ampang Jaya.
Menurut laporan Harian Metro, bayi berusia empat bulan itu mengalami sesak nafas selepas kain lampin tertutup di bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bayi itu telah dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.
Jelas Mohamad Farouk, bayi terbabit tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.
Ketika kejadian, ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.
- Turut baca : Banduan antara paling lama dipenjara meninggal dunia
Sususlan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga merupakan pengasuh bayi itu.
Menurutnya lagi, semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah atau dadah.
Leave a Reply