Bau busuk dalam longkang akhirnya terjawab, rupanya ini yang berlaku

Bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dalam longkang di belakang sebuah rumah di Taman Perpaduan, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata polis bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima laporan orang awam kira-kira 5.47 petang.

“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi dan menemui mayat hanya memakai baju kelawar tanpa pakaian dalam,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata, seorang saksi memaklumkan dia terbau bau busuk dari belakang rumah yang disangkanya datang dari tandas, tetapi selepas mencuci tandas, bau busuk itu masih ada.

Katanya, saksi terbabit kemudian membuka pintu belakang untuk memeriksa dan menemui mayat seorang wanita di dalam longkang.

Zaidy berkata, Unit Forensik IPK Kedah sudah memeriksa tempat kejadian dan mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan di balai polis terdekat.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes itu diklasifikasikan mati mengejut sebelum keputusan bedah siasat diperolehi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*