Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler berhampiran simpang tiga Bahau, Jalan Kuantan – Segamat, Rompin, meninggal dunia menjadikan keseluruhan mangsa adalah seramai empat orang.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintentan Nor Azman Yusof berkata, mangsa, Dahlia Ahmad, 52, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam tadi. Tiada bedah siasat dilakukan,” katanya.
Sementara itu, jenazah mangsa pertama seorang guru penolong kanan 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, telah selamat tiba di kampung halamannya di Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, Melaka.
Manakala jenazah mangsa kedua merupakan pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29 dan jenazah mangsa ketiga seorang pembantu operasi SK Jeram, Hamzah Ahmad, 60, masing-masing telah dituntut ahli keluarga petang semalam.
Turut baca :
Leave a Reply