“Baru tak pening kepala…” Sebelum hantar borang nikah, ini 9 perkara anda kena ‘settlekan’ dulu. Persediaan sebelum bergelar suami isteri bukanlah satu perkara mudah. Pelbagai perkara dan dokumen perlu disediakan supaya semuanya berjalan lancar mengikut ketetapan idea kedua-dua belah pihak.
Jadi, untuk bakal pengantin di luar sana, sebelum anda hantar borang nikah, berikut merupakan 9 perkara utama perlu diselesaikan terlebih dahulu. Barulah tak pening kepala.
Persediaan sebelum bergelar suami isteri bukanlah satu perkara mudah. Pelbagai perkara dan dokumen perlu disediakan supaya semuanya berjalan lancar mengikut ketetapan idea kedua-dua belah pihak.
Jadi, untuk bakal pengantin di luar sana, sebelum anda hantar borang nikah, berikut merupakan 9 perkara utama perlu diselesaikan terlebih dahulu. Barulah tak pening kepala.
1. Pergi khursus kahwin.
2. Isi website sppim.
3. HIV test (borang ambil from sppim)
4. Lelaki lengkap kan dulu borang and then pergi cop kariah.
5. Lelaki pergi hantar borang di PAID.
6. Lelaki pass semua borang ke perempuan.
7. Perempuan lengkapkan borang and bawa wali pergi jumpa kariah.
8. Hantar semua borang di PAID.
9. Dah dapat surat benar nikah then kahwin la anda.
INGAT :-
– Jangan skip step (unless you sama daerah)
– Tolong buka dulu SPPIM dan isi dulu details sebab kalau korang tak start buka website SPPIM yang tu, korang tanya la berapa ramai orang sekali pun korang takkan faham apa yang orang explain.
– Penting! Jangan ambil borang hiv dekat google! Ramai kena reject sebab dia nak borang hiv yang ada no siri kita which is kita akan dapat after isi sppim. Ada orang yang lepas ambil dekat google tapi jangan ambil risiko. Buang masa je nanti kena pergi KK banyak kali.
– Tolong check banyak kali benda-benda dekat checklist. Kalau boleh print 3 copy siap-siap. Sedia lebih untuk elak benda tak diingini berlaku.
FAQ 1.
Waktu nak isi sppim tu bahagian hiv nak isi macam mana sebab tak buat lagi hiv?
ans: Jangan usik bahagian tu, biarkan saja blank. Isi bahagian yang lain dan tekan saja proceed.
FAQ 2.
Pergi jumpa kariah tu nak buat apa?
Ans: korang bawa je semua borang yang dah lengkap, nanti pandai la kariah tu cop bahagian yang dia kena cop
FAQ 3
If sama daerah macam mana sis?
Ans: skip step no 5. Nanti perempuan punya dah siap korang pergi paid sama-sama nanti.
Buat semua bakal raja sehari, pastikan anda ikut semua langkah di atas untuk memudahkan urusan semua pihak.
Turut baca :
Leave a Reply