Tindakan Fazura membalas ciapan pengguna platform X berkenaan isu rumah tangga dan kecurangan semalam, 3 Oktober telah mencuri tumpuan ramai.
Ia menjadi tanya tanya kerana difahamkan, Fazura jarang aktif di laman X dan ciapan terakhirnya adalah pada Jun 2023.
Menerusi ciapan balas, pelakon dan usahawan itu meluahkan rasa simpati terhadap seorang wanita yang dipercayai sedang berdepan dengan krisis rumah tangga.
“Assalamualaikum sis. Saya kirimkan pelukan dan kasih sayang yang kuat boleh diberikan. Moga terus tabah,” tulisnya.
Dalam pada itu, netizen mula membuat andaian bahawa Fazura seolah-olah memberi petunjuk mengenai kemelut rumah tangganya dengan Fattah Amin
Lihat itu ciapan di bawah:
Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong! https://t.co/ulzxwU1UOO
— Nur Fazura (@missfazura) October 3, 2024
Leave a Reply