
JAKARTA – Seorang imam di Indonesia menerima kecaman ramai selepas mengimamkan solat tarawih sambil melakukan penstriman ‘live’ di platform TikTok, lapor portal berita Abatanews semalam.
Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan orang ramai memenuhi ruang masjid untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah.
Situasi menjadi aneh apabila imam itu membuat siaran langsung sambil memimpin solat tarawih serta turut menerima pelbagai jenis animasi ‘GIF’.
Siaran langsung itu menerima 6,000 tontonan dengan rata-rata netizen mengkritik perbuatan imam tersebut kerana boleh menghilangkan khusyuk dan membatalkan solat.
“Baru hari pertama puasa, sudah ada manusia yang pelik,” kata seorang netizen.
“Adakah 6,000 penonton itu tidak pergi solat tarawih?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Baca juga :
Leave a Reply