Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan sebatang jalan yang sana sini berlubang telah ditanam dengan pokok pisang sebagai protes terhadap pihak berkuasa tempatan, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, jalan tersebut terletak di Kampung Sangiang, Banten, dalam wilayah Jawa Barat.
Jalan tersebut sering dilalui oleh penunggang motosikal dan pemandu kereta, namun permukaannya berlubang dengan amat teruk sekali.
Disebabkan berang dengan keadaan jalan yang tidak dibaiki oleh pihak berkuasa, penduduk bertindak menanam pokok pisang di dalam kawasan lubang.
Ada antaranya yang diikat bersama bendera negara Indonesia.
Berdasarkan maklumat, tanda protes itu dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 semalam.
Dengan tindakan tersebut, penduduk berharap agar jalan itu dapat dibaiki segara selepas rosak selama berbulan-bulan.
Turut baca
- PANAS | Ketua Hakim Negara berdepan laporan polis
- Pendakwaan terpilih : Anwar ‘cabar’ kerajaan buka semula kes zaman PH
- KANTOI | CCTV dedah kelakuan lelaki ini, tonton video lucah sebelum beli
Leave a Reply