Barang peribadi Che Ta bernilai hampir RM1 juta disita

Beberapa barangan peribadi milik pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada serbuan dijalankan oleh Majlis Amanah Raya (MARA), pagi semalam.

Jumlah hutang pelakon itu dipercayai menghampiri RM1 juta.

Menurut peguam yang enggan namanya didedahkan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Rozita berikutan pelakon itu tidak berada di rumahnya.

“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.

“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu, tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi, kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.

“Nilai anggaran barang rumah tidak sampai RM100,000 dan kebanyakannya adalah barangan peribadi,” katanya.

Turut mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA), peguam tersebut turut memaklumkan pihaknya juga sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak mahkamah untuk menjalankan lelongan.

Menurutnya, ia dijangka akan berlaku dalam masa dua minggu lagi, justeru proses rundingan selepas ini perlu melalui mahkamah.

“Buat masa ini, kami tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.

“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kami tunggu surat selanjutnya daripada mahkamah,” katanya.

Sementara itu, anak sulung Rozita iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di perkarangan rumah enggan memberi sebarang komen berhubung serbuan tersebut.

Pagi semalam, MARA bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuan ke kediaman Rozita yang terletak di Kota Damansara selepas pelakon itu gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Bagaimanapun, Rozita dan pengurusnya masih mendiamkan diri apabila dihubungi Berita Harian untuk mendapatkan komen lanjut.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*