“Sebaik dimaklumkan oleh polis bahawa kematian ‘Lim’ dan bapa angkatnya disyaki akibat perbuatan jenayah, saya amat terkejut kerana pada mulanya menyangkakan kebakaran itu hanya insiden kemalangan.
Demikian ujar Mohd. Zaini Hashim, 63, yang tidak dapat menerima perbuatan kejam suspek yang sanggup membakar rumah sehingga anaknya, Muhammad Muslim, 23, atau mesra dipanggil Lim dan bapa angkatnya, Ibrahim Mydin, 61, ditemukan rentung, kelmarin.
Katanya, lebih menyedihkan apabila laporan bedah siasat menunjukkan anaknya yang tinggal bersama bapa angkat itu sejak tiga tahun lalu masih bernafas sebelum dia terbakar.
“Sampai tahap simbah petrol dan bakar rumah serta orang itu memang kejam kerana sebab telefon sahaja dua nyawa terkorban termasuk anak saya. Malah, saya difahamkan Ibrahim yang bagi mereka (suspek) makan, jadi tak baguslah mereka buat begitu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Semalam, polis mengklasifikasikan semula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard akibat kejadian bunuh yang dipercayai angkara dendam.
Lima suspek berusia 19 hingga 53 tahun termasuk anak saudara kepada salah seorang mangsa berjaya diberkas polis selain seorang lelaki warga Myanmar yang turut menghuni rumah itu.
Mohd. Zaini berkata, dia juga telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar petang semalam bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan.
Jelasnya, dia tidak mengenali lima suspek yang ditahan itu dan hanya dimaklumkan bahawa salah seorang daripada mereka merupakan saudara terdekat kepada Ibrahim.
“Saya serahkan kepada polis dan undang-undang. Memang sedih bila tengok keadaan anak yang rentung kerana sehari sebelum kejadian saya bertemu dan berbual dengannya. Sedih kerana saya jumpa dia dalam keadaan elok, esoknya hanya nampak mayat rentung,” ujarnya.
Katanya, dia juga dapat mengecam mayat itu sebagai anaknya berdasarkan raut wajah mangsa selain rantai tangan lelaki dan cincin yang memang dipakai Muhammad Muslim sehari sebelum itu.
“Naluri saya memang kuat mengatakan mayat rentung itu adalah Lim. Kini saya berdoa supaya jenazah anak dapat dituntut untuk dikebumikan, insya-Allah jika semua selesai, jenazah anak akan dikebumikan di Masjid As-Salam Tambak Bunga, Kuala Kedah.
Baca juga :
{VIDEO} Abang rider bikin konvoi motosikal berkuasa tinggi ‘koyak’, selamba potong dilaluan mencabar
Hina Agong di Facebook, aktivis Iswardy Morni didenda RM5,000
Hina Agong di Facebook, aktivis Iswardy Morni didenda RM5,000
Leave a Reply