Bapa, anak berbalas tembakan kerana isu hutang

BANGKOK – Seorang bapa menembak anak lelakinya kerana mengkritik kakaknya sendiri di media sosial mengenai isu hutang semalam, lapor portal berita MSNews.

Kejadian berlaku di sebuah kedai pajak gadai di bandar Khon Kaen manakala polis dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Apabila tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki berusia 53 tahun yang cedera bernama Chalao. Dia ditembak di kaki kiri oleh anak lelakinya, Pawinyo, 32, yang melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis melaporkan, kakak Pawinyo telah meminjam wang satu juta baht (RM126,695) daripadanya.

Walaupun lelaki tersebut meminta berulang kali untuk membayar balik, kakaknya enggan memulangkan wang itu.

Pawinyo yang memiliki kedai pajak gadai kemudian bertindak menyiarkan isu itu di media sosial, menamakan dan memalukan kakaknya.

Apabila bapa mereka melihat hantaran itu, dia mengarahkan Pawinyo untuk memadamkannya.

Bagaimanapun, anak lelaki itu enggan melakukan seperti yang disuruh, menyebabkan Chalao berang.

Ketika Pawinyo sedang minum bersama rakan-rakan di hadapan kedainya, Chalao tiba dengan sebuah kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah Pawinyo tetapi tidak mengenainya.

Sebagai tindak balas, Pawinyo melepaskan tembakan yang mengenai kaki kiri bapanya sebelum melarikan diri.

Kemudian, pada jam 6 petang (waktu tempatan) pada hari yang sama, Pawinyo dilaporkan menyerahkan diri kepada polis. – AGENSI

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*