Bantuan subsidi FLYsiswa dinaik kepada RM400 – PM Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Jan depan.

Beliau berkata, langkah itu merupakan antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

“Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini.

“Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terlibat,” katanya ketika merasmikan Karnival FLYsiswa dan Karnival Pengangkutan Siswa Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, dan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*