Bantu syarikat dapat projek, SPRM tahan bekas pegawai kanan jabatan disyaki terima rasuah RM50,000

Seorang bekas pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan ditahan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat mendapat projek.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menahan seorang pengarah syarikat.

Sumber berkata suspek lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di SPRM Johor, 5 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari 2021 hingga 2024.

“Salah seorang suspek iaitu bekas pegawai kanan disyaki telah menerima kira-kira RM50,000 tunai secara berperingkat daripada suspek kedua iaitu pengarah sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan tiga projek untuk syarikat itu,” katanya.

Majistret Noor Fazlin Hamdan membenarkan perintah remah sehingga 28 Okt selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*