Balun warga emas tengah jalan : Peguam ‘dedah’ apa akan terjadi kepada mat moto selepas ini.
Sejak semalam tular sebuah video memaparkan seorang pesara warga emas yang dipukul seorang oleh seorang penunggang motosikal, gara-gara didakwa berlaku perselisihan akibat satu kemalangan kecil.
Menerusi video berdurasi 21 saat yang tular itu, kelihatan pemuda tersebut memukul pesara berkenaan bertubi-tubi di tengah jalan berhampiran Padang Jawa, Shah Alam manakala mangsa pula tidak melawan sebaliknya hanya mempertahankan diri.
Hanya beberapa jam selepas insiden berkenaan, pemuda berusia 23 tahun itu ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Turu baca
- {VIDEO} “Anak kecil teriak menangis…” U-turn di double line, van ‘bersepai’ dirempuh kereta
- Meremang !!! Terbiarnya sebuah Resort di atas Gunung Raya
- Parah !!! Wanita nekad serang wanita simpanan suami di jalan raya
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, malah segmen komen ‘meriah’ dengan pelbagai versi cerita mengenai insiden berkenaan.
Seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor turut membuat perkongsian menerusi satu hantaran di Facebook dengan menyentuh isu berkenaan dari aspek perundangan, terutama mengenai hak mangsa yang dicederakan dan dikasari.
“Ada maklumkan isu tercetus kerana provokasi terhadap penunggang motor dan macam-macam cerita.
“Saya tidak tahu fakta, siapa mulakan dan adakah benar dakwaan provokasi, tetapi yang jelas daripada video-video tersebut bahawa lelaki yang menyerang itu kelihatan panas baran dan tidak sabar. Perbuatan menyerang itu salah.
Video berasingan memaparkan pemuda berkenaan kemudian dipukul oleh orang awam.
“Kalau melihat video pukulan itu, benar-benar lelaki tua itu dilanyak, dipukul dan diserang. Ini jelas adalah kesalahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang. Boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya sekali,” tulis Nor Zabetha.
Peguam itu turut berkongsi mengenai satu kes yang hampir serupa yang diputuskan di mahkamah, melibatkan seorang guru bernama Logaswary (plaintif) dengan seorang wanita (defendan) yang merupakan ibu kepada pelajar sekolah.
“Defendan menampar Logaswary kerana marah suaminya disuruh beredar dari khemah murid dalam temasya sukan sekolah. Akibat tamparan tersebut, Logaswary mengalami ‘soft tissue injury’, biasanya ini bermaksud bengkak-bengkak.
“Namun defendan tidak mengaku ada menampar Logaswary tetapi menuduh kononnya Logaswary menampar anaknya dan menuntut ganti rugi.
Jika kecederaan lebih serius misalnya patah gigi, jahitan dan lain-lain. Nilai tuntutan lebih tinggi dan kadar kiraannya sama seperti kecederaan tubuh badan dalam kes kemalangan.
“Jadi sewaktu di mahkamah, Logaswary memanggil saksi yang melihat dia ditampar. Malahan plaintif turut mengemukakan saksi seorang doktor dan mengesahkan bahawa plaintif mengalami ‘soft tissue injury’,” kongsinya.
Kata Nor Zabetha, Mahkamah Majistret memutuskan untuk membenarkan tuntutan yang dikemukakan oleh plaintif terhadap defendan, merangkumi tuntutan ganti rugi kecederaan dan ganti rugi keterlaluan.
“Mahkamah Majistret memutuskan jumlah yang dibenarkan bagi kecederaan soft tissue injury adalah antara RM3,000 hingga RM5,000. Oleh yang demikian, ganti rugi RM3,000 dibenarkan. ‘Manakala untuk ganti rugi keterlaluan, walaupun tiada bukti gangguan emosi atau perubatan ditanggung akibat malu dikemukakan oleh plaintif, RM10,000 dibenarkan’, daripada petikan laporan kes.
“Secara keseluruhannya jumlah tuntutan yang dibenarkan adalah RM13,000 dan kos sebanyak RM1,575. Ganti rugi Defendan yang kononnya Logaswary menampar anaknya ditolak kerana tidak berjaya dibuktikan.
“Bagi tuntutan serang dan serang sentuh ini, semuanya tertakluk kepada fakta kes dan jenis kecederaan.
Pemuda berkenaan ditahan pada petang Ahad selepas mangsa membuat laporan polis.
“Jika kecederaan lebih serius misalnya patah gigi, jahitan dan lain-lain. Nilai tuntutan lebih tinggi dan kadar kiraannya sama seperti kecederaan tubuh badan dalam kes kemalangan,” tambahnya.
Berkongsi lebih lanjut, Nor Zabetha turut mengulas mengenai justifikasi terhadap tindakan pemuda berkenaan yang didakwa memulakan serangan kerana berlakunya provokasi.
“Faktanya pun kita tidak tahu, benar atau tidak dakwaan lelaki ini bahawa pesara tersebut menunjuk isyarat lucah. Hanya penceritaan.
“Tetapi yang nyata kita semua dapat lihat bagaimana lelaki pesara ini dibel4sah.
“Hanya hendak memuaskan nafsu marah yang memuncak. Puasnya seketika secara membel4sah dan mengamuk, kemudian kesannya berpanjangan. Tambah teruk lagi.
“Kita ada undang-undang, jangan buat ikut suka hati. Kawal kemarahan. Tidak pasal-pasal, menghadapi tuduhan jenayah,” ulasnya lagi.
Nor Zabetha banyak mengulas isu semasa dari aspek perundangan.
Untuk rekod, pemuda berkenaan ditahan selepas mangsa berusia 61 tahun tampil membuat laporan, kira-kira pukul 2 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ketika itu memandu kereta bersama isteri dan cucunya menuju ke Putrajaya pukul 12 tengah hari.
Ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai menjerit dan memarahi mangsa.
Mangsa kemudian berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun terus diserang sebaik keluar daripada keretanya.
Leave a Reply