Bagi RM10 sebulan je… Sering makan hati dapat suami kedekut, wanita kongsi cerita buat ramai sebak

Gambar sekadar hiasan

BUKAN mudah untuk menjadi suri rumah yang mana wang perbelanjaan hanya bergantung sepenuhnya pada nafkah diberikan suami.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang dipertemukan jodoh dengan lelaki yang kedekut dan berkira.

Seperti mana wanita ini, dia merupakan suri rumah yang tidak mempunyai wang simpanan dan hanya bergantung pada nafkah yang diberikan suami.

“Boleh ke saya minta duit bulan-bulan kat suami? Saya tak minta banyak pun. Kalau boleh RM10 sebulan pun tak apa.

“Tapi kalau suami tak bagi, tak dikira berdosa kan sebab kadang-kadang suami berkira bab makan dengan saya dan anak,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Dalam luahan itu, dia bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa suaminya masih menyediakan makan dan minum serta keperluan asas kecuali tempat tinggal.

“Suami saya belikan barang dapur. Bil air, WiFi suami yang bayar. Kalau tempat tinggal, rumah, abah saya yang bagi duduk.

“Cuma kalau saya mengidam, ternampak gerai-gerai di tepi jalan, saya dan anak nak makan, suami kadang tak bagi beli,” ujarnya tanpa mendedahkan gaji bulanan suaminya.

Susulan itu, dia cuba untuk mencari jalan bagi memperoleh pendapatan sampingan bagi menampung kehendaknya.

“Saya nak kerja luar tapi ada masalah sikit. Saya nak kerja dari rumah berniaga online.

“Saya tak pandai dan payah nak keluar bila barang perlu COD (tunai semasa penghantaran) dan pos,” ujarnya.

Luahan suri rumah itu mengundang sebak dalam kalangan warga maya yang bersimpati dengan nasib yang dialaminya.

Malah, ada antara mereka memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu dan mendoakan agar dilembutkan hati suaminya untuk menjadi lebih rasional dan bertanggungjawab.

“Kasihannya awak sis. Dapat pula suami yang macam tu. Betullah lain orang, lain dugaan dia.

“Kalau suami buat tak tahu je, memang saya akan minta. Dari duit itulah boleh beli barang yang kita nak guna untuk diri sendiri.

“Mintalah sebagai upah buat kerja rumah. Memang tanggungjawab dia, bukan setakat bagi makan dan pakai saja. Keperluan mekap dan nak pergi salon pun perlu juga,” demikian antara komen warga maya.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan jumlah yang diminta wanita berkenaan iaitu sebanyak RM10 sebulan adalah tidak mencukupi.

“Tak kan gaji ribu riban, bagi RM10 sebulan je. Bini bukan budak sekolah.

“Dapat suami kedekut tahap dewa, RM10 pun berkira,” antara komen netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*