Bagasi berisi mayat tanpa indentiti ditemui di Cheras Perdana

KAJANG – Mayat tanpa identiti ditemui disumbat di dalam bagasi warna biru di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 11.45 pagi tadi.

Katanya, maklumat itu disampaikan orang awam yang berasa curiga selepas menemui bagasi dalam keadaan busuk di lokasi kejadian.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Setibanya di lokasi, disahkan beg bagasi berwarna biru yang dijumpai di lokasi kejadian adalah mengandungi mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka akan dijalankan esok pagi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

“Sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang 12 sebatan.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superitendan Umesh a/l Ratna Kumar di talian 012-6114900

Terdahulu, media melaporkan sebuah bagasi berwarna biru yang mengandungi mayat mengejutkan penduduk di kawasan Taman Cheras Perdana, di sini, hari ini.

Difahamkan, bagasi itu ditemukan berada di lokasi kejadian dalam keadaan berkunci dan diikat dengan tali merah.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*