Seorang warga emas berusia 62 tahun di Tanggamus, wilayah Lampung, meninggal dunia selepas diserang kawanan gajah liar, lapor portal berita Detik News semalam.
Kejadian berlaku di kawasan Hutan Taman Negara Bukit Barisan Selatan (TNBBS).
Rakaman tular di media sosial memaparkan rumah mangsa yang dikenali sebagai Suarni, rosak diserang gajah.
Bahkan, beberapa anggota badan milik mangsa ditemui di kawasan rumahnya.
Pentadbir tempatan, Umi Fadillah berkata, mayat mangsa putus dua akibat dipijak gajah.
“Siasatan sedang giat dijalankan, manakala polis dan pasukan keselamatan yang lain masih berada di tempat kejadian,” tambah Umi. – AGENSI
Leave a Reply