SATU kemalangan ngeri dilaporkan berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut selepas dipercayai dilanggar lari oleh sebuah lori di sebuah susur keluar jalan berdekatan Pelabuhan Klang, Selangor pada Isnin.
Lebih menyayat hati, keadaan tubuh mangsa dilihat berada dalam keadaan tidak sempurna dan hancur dengan helmet yang dipakai turut berkecai akibat kejadian tersebut.
Motosikal mangsa didapati berada tidak jauh daripadanya dengan keadaan jalan pada waktu itu kelihatan masih gelap.
Insiden yang berlaku pada waktu malam itu dikatakan berlaku berdekatan gudang sebuah syarikat di pelabuhan Klang.
Dalam pada itu, menerusi maklumat awal dikongsikan di media sosial yang belum disahkan memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang lelaki pekerja p-hailing.
Pada masa sama, lori yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan dikatakan lari dari tempat kejadian dengan kenderaan berat itu juga didapati tidak dilihat berada di dalam video tular dikongsikan.
Berdasarkan klip berasingan, orang ramai dilihat sudah berada di lokasi kejadian.
Baca juga :
Leave a Reply