Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan menyatakan rasa kesal apabila mendakwa ada pihak yang terus menerus cuba menyalahkan DAP meskipun masalah yang berlaku bukan berpunca daripada parti itu.
Syahredzan berkata ini selepas ada pihak mendakwa tidak lagi mendengar laungan azan dari Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang di Jalan Sungai Jelok, Kajang, baru-baru ini.
Kata Syahredzan, walaupun masjid terbabit yang terletak di bawah parlimen Hulu Langat dan wakil rakyat kawasan itu adalah Sany Hamzan daripada parti Amanah, namun DAP juga yang dipersalahkan.
“Sedih. Penjara Kajang itu bukan bawah parlimen Bangi pun. Tetap DAP kena,” kata Syahredzan di Twitter.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter mendakwa penduduk di sekitar TTDI Kajang tidak lagi dapat mendengar laungan azan dari Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang.
Menurut pengguna Twitter terbabit, khabar angin mengatakan hal ini berpunca daripada tindakan DAP dan meminta Syahredzan untuk membantu mereka.
Bagaimanapun, difahamkan transformer pembesar suara masjid berkenaan mengalami kerosakan.
“Orang-orang TTDI Kajang kata azan dari Masjid Penjara, Kajang dah tak dengar. Words are going around saying sebab DAP. Yes, azan tu tak dengar sebab transformer dia rosak. @syahredzan mungkin boleh tolong,” ciapnya.
DUN Kajang terletak di bawah parlimen Hulu Langat manakala wakil rakyatnya daripada Amanah, Sany Hamzan (gambar, atas).
Sementara itu, pengguna laman sosial lain pula membangkitkan sikap suka meletakkan kesalahan pada pihak lain.
“Nampak tak,senang betul orang sebar dan percaya fitnah daripada cari tahu apa punca sebenar,” soalnya.
“Transformer rosak. Masjid penjara bawah penyelenggaraan penjara la patutnya. Bajet tak ada ke? Minta Jakim boleh dapat kot. Billion (RM) dapat.
“Iyalah, salahkan DAP lebih senang. Sifir Meleis,” katanya di Twitter.
“Kau tak dengar pasal tak pergi masjid. Kalau kau pergi masjid (mesti) kau dengar. Kalau dekat rumah kau solat dengan keluarga, azan televisyen pun ada bila sampai waktu. Azan dekat telefon bimbit, apa lagi kau nak mainkan haaaaa,” soal salah seorang pengguna Twitter lain.
“Surau Al-Asmah punya azan tak dengar juga ke? Sebelah TTDI je tu,”soalnya.
Leave a Reply