Seorang lelaki nekad membunuh bekas isterinya pada majlis hari lahir anak mereka yang berusia satu tahun, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mangsa bernama Peerapol Lumrod dan berusia 28 tahun. Dia ditembak di Phetchaburi menggunakan sepucuk pistol kaliber 9 milimeter sebanyak tiga kali.
Pengarah Balai Polis Wilayah Phetchaburi, Wanchai Khaoram berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Phra Chom Klao akibat kecederaan di bahagian pinggul.
“Siasatan mendapati motif pembunuhan disebabkan cemburu,” kata Wanchai.
“Pertengkaran antara suspek dan bekas isterinya membawa kepada tragedi tembakan yang turut disaksikan kanak-kanak tersebut,” tambahnya.
Sementara itu, suspek yang bernama Pipat Ngamsuk sempat melarikan diri dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, dia kemudian menghubungi polis dan menyerah diri di balai berkenaan.
Polis melakukan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Turut baca :
Leave a Reply